Pakej Umrah 

Description

Aufa Travel & Tours bersedia memberikan khidmat terbaik kami untuk para “Dhuyuffurrahman” bertamu ke bumi Haramain bagi tahun 2019. Pakej hotel PALING DEKAT dengan harga PALING JIMAT… Sudah pasti KURANG PENAT

 Apa kelebihannya?
👉 Tak perlu berjalan jauh untuk menunaikan solat 5 waktu
👉 Mudah dan dekat nak balik ke hotel untuk ke tandas dan sebagainya
👉 Senang dan selesa kalau bawa ahli keluarga yang berkerusi roda
👉Kalau dah berumur, sakit lutut, mak ayah yang dah uzur lagilah perlukan pakej ini
👉Yang bawa anak kecil tu, lagilah lega sebab boleh ulang-alik masjid kalau anak meragam

🔊 Yang paling penting sekali adalah, kita dapat FOKUS kepada ibadah di sana.

Dilengkapkan juga dengan pengisian rohani dari mutawwif & para ustaz yang berpengalaman.

🏨 Hotel Mekah = Royal Dar Al Eiman Safwah @ Setaraf (50M)
🏨 Hotel Madinah = Al Fayroz Al Qibla @ Setaraf (150M)

Harga Dari

Bilangan Hari : 12H10M

Jenis Bilik Harga Seorang
Bilik Ber 4/5 RM 6,990 ( +RM 500 cuti sekolah )
Bilik Ber 3 RM 7,490 ( +RM 500 cuti sekolah )
Bilik Ber 2 RM 7,990 ( +RM 500 cuti sekolah )
Flight : Saudi Airlines / MAS

06 Nov – 16 Nov 2019

27 Nov – 07 Dec 2019

04 Dec – 14 Dec 2019

19 Dec – 29 Dec 2019

Pakej Termasuk :

 VISA
 Tiket Penerbangan
 Hotel di Mekah – 8H/7M di Safwah Orchid dan setaraf
 Hotel di Madinah – 4H/3m di Elaf Taibah dan setaraf
 Makan – 3x sehari
 Pengangkutan berhawa dingin
 Umrah Minimum 3X
 Air Zam Zam 5 Liter
 Beg berkualiti & Kitab Manasik Umrah
 Mutawif yang beramanah
 Insurance

Ziarah Mekah Ziarah Madinah
Masjidil Haram
Tana’im & Ja’ranah
Jabal Nur, Jabar Tsur, dan Jabal Rahmah
Muzdalifah , Mina & Arafah
Hudaibiyah
 Masjid Nabawi
 Taman Raudah
 Makam Rasulullah SAW, Saidin Abu Bakar & Saidina Umar
 Masjid Quba’, Masjid Jumaat, & Masjid Qiblatain
Jabal Uhud, Kebun Tamar, & Maqam Syuhada

Itinerari

Hari 1: KUALA LUMPUR / MADINAH

  • Berlepas dari KLIA
  • Tiba di Madinah
  • Setelah selesai urusan di airport, jemaah dibawa ke Hotel.
  • Checkin dan berehat

Hari 2: MADINAH / ZIARAH / BEBAS

  • Ziarah Masjid Nabawi
  • Acara Bebas

Hari 3: MADINAH / ZIARAH / BEBAS

  • Ziarah Masjid Quba’, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh dan Pasar Kurma
  • Acara Bebas

Hari 4: MADINAH / MAKKAH / BEBAS

  • Ziarah Wida’
  • Berangkat ke Makkah
  • Bermiqat di Bir Ali. Tiba di Mekah
  • Checkin hotel dan berehat
  • Mengerjakan Umrah
  • Acara Bebas

Hari 5: MEKAH / BEBAS

  • Acara Bebas

Hari 6: MEKAH / ZIARAH / BEBAS

  • Ziarah di luar Mekah
  • Miqat ke 2 di Jaaranah – berniat umrah

Hari 7 – 8: MEKAH / BEBAS

  • Beribadah
  • Acara Bebas

Hari 9: MEKAH / BEBAS

  • Acara Bebas

Hari 10: MEKAH / BEBAS

  • Acara Bebas

Hari 11: MEKAH-JEDDAH

  • Tawaf Wida’
  • Bertolak ke airport Jeddah
  • Bertolak ke Kuala Lumpur

Hari 12: KUALA LUMPUR

  • Tiba di Kuala Lumpur

** Aturcara perjalanan tertakluk kepada perubahan semasa tanpa sebarang notis. Itinerari sebenar perjalanan akan diberikan sekitar 2 minggu sebelum dari tarikh berangkat. **

SYARAT–SYARAT DAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PEMPROSESAN VISA UMRAH (TERTAKLUK KEPADA PINDAAN DAN PERATURAN KEDUTAAN ARAB SAUDI DARI MASA KE SEMASA)

  1. Passport antarabangsa yang sah tempoh lakunya tidak kurang dari 6 bulan dari tarikh
    penerbangan berserta 4 muka surat kosong.
  2. 4 keping gambar berwarna berukuran 6 cm x 4 cm (zoom 80%) berlatar belakangkan warna putih.
    Bagi wanita wajib memakai tudung kepala (hitam atau gelap) manakala lelaki tidak digalakkan
    memakai songkok atau yang menutupkan kepala.
  3. Kad suntikan ACYW13 atau surat pengesahan daripada doktor kerajaan atau swasta.

BAGI JEMAAH WANITA BAWAH 45 TAHUN/LELAKI BAWAH 18 TAHUN

  • A) Pergi Bersama Mahram
  1. Salinan sijil nikah bagi wanita yang sudah berkahwin.
    (Cop pengesahan Jabatan Agama Islam dan Wisma Putra)
  2. Bagi wanita yang bermahramkan bapanya – Salinan sijil lahir
    (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)
  3. Bagi wanita yang bermahramkan adik beradik lelaki – Salinan kad pengenalan adik-beradik lelaki tersebut dan salinan sijil lahir kedua-dua)
    (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)
  4. Bagi wanita yang bermahramkan anak lelaki – Salinan sijil lahir anak lelaki tersebut.
    (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)
  • B) Mahram Bersama Bapa Tiri (Belum Berkahwin)
  1. Letter of Consent daripada bapa kandung/adik beradik lelaki kandung
    (Cop Pengesahan Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra)
  2. Salinan kad pengenalan bapa kandung/adik beradik kandung
    (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)
  3. Salinan Sijil lahir anak tiri
    (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)
  4. Salinan surat hak jagaan anak dari mahkamah syariah
    (Cop Pengesahan Wisma Putra)
  5. Salinan Sijil Mati jika bapa kandung tiada/meninggal dunia.
    (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)
  • C) Mahram Bersama Bapa Tiri (Sudah Berkahwin)
  1. Letter of Consent daripada suami
    (Cop Pengesahan Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra)
  2. Salinan sijil nikah
    (Cop Pengesahan Jabatan Agama Islam dan Wisma Putra)
  3. Salinan kad pengenalan suami
    Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)
  4. Salinan sijil lahir anak tiri
    (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)
  5. Surat hak jagaan dari mahkamah syariah
    (Cop Pengesahan Wisma Putra)
  6. Salinan Sijil Mati jika suami tiada/meninggal dunia,
    (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)
  • D) Mahram Bersama Bapa Saudara (Sebelah Bapa)
  1. Letter of Consent daripada bapa kandung/adik beradik lelaki kandung
    (Cop Pengesahan Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra)
  2. Salinan sijil lahir anak, bapa kandung dan bapa saudara/adik beradik lelaki kandung
    (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)
  3. Salinan kad pengenalan bapa kandung/adik beradik lelaki kandung
    (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)
  4. Salinan Sijil Mati jika bapa kandung tiada/meninggal dunia
    (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)

 

BAGI JEMAAH WANITA BAWAH 45 TAHUN/LELAKI BAWAH 18 TAHUN

  • E) i) Mahram Bersama Bapa Angkat (bin dengan nama bapa angkat)
  1. Salinan surat pengambilan anak angkat
    (Cop Pengesahan Wisma Putra)
  2. Salinan surat lahir anak angkat
    (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)
  • ii) Mahram Bersama Bapa Angkat (bin dengan nama orang lain)
  1. Salinan surat pengambilan anak angkat
    (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)
  2. Salinan surat lahir anak angkat
    (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)
  3. Salinan surat perintah mahkamah
    (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)
  • F) Mahram Bersama Datuk Sebelah Bapa
  1. Salinan sijil lahir cucu
    (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)
  2. Salinan sijil lahir bapa kandung
    (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)
  3. Letter of Consent daripada bapa kandung/adik beradik lelaki kandung
    (Cop Pengesahan Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra)
  4. Salinan Sijil Mati jika bapa kandung tiada/meninggal dunia
    (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)
  • G) Bagi Muallaf yang pergi bersama suami/adik beradik lelaki kandung
  1. Salinan kad/surat memeluk agama islam
    (Cop Pengesahan Jabatan Agama Islam dan Wisma Putra)
  2. Salinan sijil nikah/salinan sijil lahir kedua-duanya.
    (Cop Pengesahan Jabatan Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)
  • H) Warganegara Asing
  1. Pemastautin Tetap (Permenent Residence) – kad pengenalan asal dan salinan kad pengenalan.
    (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)
  2. Visa Pekerja/Employment Pass – surat pengesahan majikan
    (Cop Pengesahan Notary Public & Wisma Putra)
  3. Visa Pelajar/Student Visa – surat pengesahan dari kolej/universiti/sekolah
    (Cop Pengesahan Wisma Putra)
  4. Visa Keluarga/Sosial Visa – salinan sijil nikah/sijil lahir
    (Cop Pengesahan Wisma Putra)
  5. Pembantu rumah (Maid) majikan perlu ikut serta. Visa perlu sahlaku 6 bulan ke atas.